Jenayah

Sorok nescafe dalam seluar

KUALA KRAI – Seorang lelaki yang cuba mencuri sebungkus nescafe berjaya ditangkap pemilik kedai itu sebelum diserahkan kepada pihak polis dalam satu kejadian di Kampung Lepan Pauh, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail berkata, suspek berusia 33 tahun pada mulanya masuk ke kedai untuk membeli barang kira-kira jam 4 petang.

“Kehadiran suspek disedari pekerja kedai dan mendakwa lelaki itu pernah ke kedai berkenaan mencuri barang.

“Semasa berada di dalam kedai, lelaki tersebut kemudiannya dilihat mengambil sebungkus nescafe berharga RM17 sebelum disorokkan dalam seluarnya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu disedari selepas pemilik melihatnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai runcit berkenaan.

“Malah pada 22 Disember lalu, pemilik juga pernah memeriksa CCTV dan mendapati suspek sudah tiga kali datang ke kedainya dan mengambil enam bungkus Nescafe.

“Hasil ujian ke atas air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");