Berita Hari Ini

SPRM kini semakin digeruni

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini semakin digeruni perasuah menerusi tindakan agresif dari segi pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan yang dilakukannya.

Sehubungan itu, SPRM sudah menetapkan sasaran untuk memastikan dalam tempoh tiga tahun sektor kritikal negara bersih dan bebas daripada rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata ia merangkumi perkhidmatan awam khususnya agensi penguatkuasaan, badan-badan pengawal, pihak berkuasa tempatan serta negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan institusi kewangan serta perbankan.

Beliau berkata, bagi memastikan sasaran yang digariskan ini tercapai, maka fokus dan penekanan turut diberikan kepada pendekatan terhadap tindakan merampas semua semua harta dan hasil rasuah.

Katanya, hal sedemikian perlu bagi memastikan hasil rasuah dapat dikembalikan semula sebagai hasil negara dan secara tidak langsung melumpuhkan secara keseluruhannya motivasi atau punca kepada berlaku jenayah rasuah ini.

“Melalui strategi yang direncana ini maka tindakan operasi serta penguatkuasaan memerangi rasuah ini dilipatgandakan dengan lebih agresif oleh SPRM sejak Ogos lalu.

“Kerancakan operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak hampir beberapa bulan lalu kini menunjukkan hasil begitu luar biasa, positif dan membanggakan.

“Melalui tindakan agresif dari segi pelaksanaan operasi, penguatkuasaan serta penganjuran berterusan aktiviti pendidikan masyarakat, hasrat SPRM untuk menjadi sebuah agensi yang digeruni perasuah, namun pada masa sama mesra rakyat dilihat semakin dirasai masyarakat,” katanya pada sambutan Hari Rasuah Antarabangsa 2016 di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Ismail Adam; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

9 Disember dipilih sebagai Hari Rasuah Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah serta keperluan usaha sama antarabangsa bagi menangani masalah itu.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");