Membawang Hari Ini

Stesen TV, radio Media Prima promosi Konsert Park Bo Gum

KUALA LUMPUR: Rangkaian Televisyen Media Prima dan syarikat elektronik, Samsung menjalin kerjasama sebagai penaja rasmi Konsert 2016-2017 Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu ini.

Pengurus Besar Kumpulan, Khidmat Pelanggan Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, kerjasama dengan Samsung bukan sekadar tajaan biasa, sebaliknya diwujudkan dengan mengambil kira perubahan penonton yang sentiasa berhubung.

“Walaupun sebahagian masyarakat menggunakan saluran digital, namun umum masih lagi tertarik dengan program televisyen (TV).

“Sebagai rangkaian media terbesar negara, kami memiliki skala dan keupayaan untuk menggabungkan platform kami, menyatukan penonton dan memberi pengalaman yang benar-benar memberi impak kepada Samsung,” katanya dalam kenyataan kepada BH Online.

Sebagai rakan media rasmi, Media Prima akan menjadi pemacu dalam mempromosikan 2016-2017 Park Bo Gum Asia Tour in Kuala Lumpur melalui saluran 8tv, TV9, Tonton, OneFM dan HotFM.

Saluran 8TV sedang menyiarkan siri drama popular, Love In Moonlight, lakonan Park Bo Gum. Tiket VIP konsert park Bo Gum pula dijual menerusi rangkaian beli-belah dari rumah, CJ Wow Shop iaitu www.cjwowshop.com.my.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran, Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh berkata, capaian Galaxy J7 Prime menerusi pelbagai platform termasuk melalui saluran TV Media Prima dijangka dapat diperluaskan.

“Kami teruja dapat memanfaatkan populariti selebriti Korea Selatan, Park Bo Gum berjumpa dengan peminat Malaysia,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");