Sukan Hari Ini

STL 2016 kembali sengit

SEGELINTIR pasukan Liga Sepak Takraw (STL) 2016 yang pada awalnya resah dengan penggantungan sementara pemain mereka oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) kerana isu doping, sudah mampu menghela nafas lega yang panjang dengan penarikan balik tindakan itu, semalam.

Baik Divisyen Perdana mahupun Divisyen Satu STL, tumpuan 20 pasukan kini kembali terarah ke Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor yang bakal menyambut kehadiran saingan minggu kelapan dan keempat walaupun ada tiga pegawai mereka yang dikekalkan penggantungannya.

Terengganu Turtles seperti tujuh minggu terdahulu, turun dengan misi mempertahankan status peneraju carta mata dan rekod tanpa kalah selain menanti siapa tiga lagi pencabarnya yang mampu mengesahkan tiket separuh akhir Divisyen Perdana.

Skuad Vitthaya Boontha ini terus dicemburui lawan dan giliran Penang Panthers tiba hari ini untuk menyudahkan misi meranapkan rekod itu yang nyaris dapat dilaksanakan oleh ATM Guardians, Ahad lalu malah Johor Tigris, 19 November lalu dalam pertarungan tiga set.

Dalam keghairahan pemburuan Panthers itu, Kuala Lumpur Thunder dan Guardians saling bersaing bagi menjamin tiket separuh akhir malah masing-masing menanti untuk mengekori Turtles di tangga kedua jika pasukan utara bimbingan Helmi Ismail itu merudum tiba-tiba.

Tigris dan Kedah Eagles pula cuba mengintai slot keempat ke separuh akhir yang kini dihampiri Guardians sekali gus mengelak terjerumus ke zon penyingkiran ke Divisyen Satu 2017 yang kini dihuni Kelantan Warriors dan Melaka Titans.

Divisyen Satu menyaksikan saingan tiga penjuru yang lebih getir bagi status pendahulu carta mata antara tiga pasukan pilihan, Selangor, PSM A dan Negeri Sembilan The Jangs yang terikat 10 mata tetapi dengan jurang set menang-set kalah yang tipis.

Kalau Panthers-Turtles Babak II dinanti-nantikan peminat seperti pertembungan 11 November lalu, Selangor melawan PSM A pada sebelah siangnya turut jadi sebab kukuh mengapa mereka perlu mengunjungi Stadium MPSJ, hari ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");