Jenayah

Suami isteri maut nahas 3 kenderaan

GERIK: Sepasang suami isteri maut, manakala anak perempuan mereka parah selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah lori 10 tan dan kereta model Honda City di Jalan Lenggong-Gerik dekat Kampung Malau di sini, awal pagi tadi.

Dua orang termasuk kanak-kanak berusia dua tahun yang berada dalam Honda City itu dilaporkan cedera ringan manakala tiga yang lain selamat.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Keshvinder Singh dan isterinya, Rajkaur berusia dalam lingkungan 40-an manakala anak mereka yang duduk di bahagian penumpang belakang parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizul Aswad Asaris, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.37 pagi, tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian dan mendapati dua mangsa tersepit dalam Perodua Myvi.

“Anggota mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang sudah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dan cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Jamalani Mohd Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");