Sukan Hari Ini

‘Sudah tiada peluang’

“KAMI dah tiada peluang,” itu kata-kata yang terbit dari mulut pengendali Manchester United, Jose Mourinho ketika ditanya peluang United untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Menurutnya, The Red Devils kini semakin jauh ditinggalkan pesaing kelompok pasukan teratas liga.

“Di liga kami memang belum dapat tampil seperti yang kami mahu.

“Kami memang mahu menjadi juara dan kami akan cuba dapatkannya tetapi bukan musim ini.

“Saya yakin kami jadi juara tetapi tidak tahu bila, mungkin ketika saya sudah tiada di sini,” katanya.

Mourinho datang ke Old Trafford dengan jangkaan tinggi mampu mengembalikan semula kegemilangan kelab itu yang merudum selepas ditinggalkan Sir Alex Ferguson tiga tahun lalu.

Namun, semuanya seperti tidak menjadi kenyataan walaupun mempunyai pemain hebat seperti Paul Pogba, Henrikh Mkhitaryan, Zlatan Ibrahimovic dan Eric Bailly.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");