Perak Hari Ini

Sultan Perak Hadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak

TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dewan Sri Tanjong, Daerah Muallim, di sini.

perak-today-5

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Muda dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nur Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta turut dihadiri oleh kira-kira 2,000 rakyat setempat.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak pada kali ini.

Mendahului penerima anugerah adalah Azmi Chai Abdullah yang dikurniakan Anugerah Pendakwah yang membolehkan beliau membawa pulang RM3,000, plak, hadiah iringan dan sijil.perak-today-2

Manakala penerima Anugerah Pegawai Masjid pula dikurniakan kepada Muhammad Mukhtar Hamzah (Imam), Idris Osman (Muazzin) dan Abdul Karim Abdul Hamid (Siak).

Turut disampaikan anugerah kepada Zambri Abdul Mansor (Anugerah Pegawai Penguatkuasa Agama) dan Mohd Shafai Salleh (Anugerah Keluarga Mithali).

perak-today-1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");