Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Majlis Penutup PULARA 7

PANGKOR : Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (Pulara) yang berlangsung selama empat hari melabuhkan tirainya malam ini dan tambah meriah dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

img-20161211-wa0019

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Pengerusi Pulara, Mohd. Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK.

Tirai persembahan sempena majlis penutupan Pulara itu dimulakan dengan persembahan tarian tradisional dan bacaan puisi para pengiat seni.

img-20161211-wa0011

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Perak Darul Ridzuan 2016 iaitu bagi kategori Anugerah Karyawan Seni kepada Rashdi Abdul Kharis manakala Malim Ghozali PK pula menerima Anugerah Tokoh Seni Budaya.

img-20161211-wa0009

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Hadiah Karya Darul Ridzuan Ke-5 kepada Orang Kaya Imam Paduka, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti Shaari bagi kategori Ilmuan Negeri Perak Darul Ridzuan manakala Anugerah Karyawan Sepanjang Hayat dianugerahkan kepada Profesor Dr. Mohamad Bohari Ahmad@Muhammad Bukhari Lubis.

img-20161211-wa0001

Pada majlis tersebut, baginda turut melancarkan buku Antologi Puisi-Puisi Pangkor 6 dan Angin karya Toshie Tai.

Sementara itu, Zambry dalam ucapan aluannya berkata, Pulara yang telah menjadi acara tahunan bagi Pulau Pangkor itu bukan sahaja disertai penyair dan penggiat lagu rakyat dari negara Asia Tenggara malah kali ini menghimpunkan peserta dari negara-negara Amerika Latin, Eropah dan Asia Timur.

img-20161211-wa0002

Katanya, ini memperlihatkan bahawa dunia sudah mula mengenali Pulau Pangkor bukan hanya sebagai pulau nelayan sebaliknya memainkan peranan sebagai pulau seni, sastera dan budaya.

“Tema Pulara pada tahun ini ialah Puisi Mengharmoni. Sejajar tema itu, puisi dilihat mampu menyantunkan banyak perkara bukan sahaja suasana dan daya pertimbangan malah mengajar manusia mengenal erti keindahan dan mensyukuri alam serta seluruh kejadian.

“Malah dalam dunia yang semakin kehilangan erti silaturahim dan hormat menghormati, puisi juga dilihat mampu  mendamai dan mengharmonikan. Pemimpin-pemimpin dunia hilang malu lalu mengheret erti kemanusian, percayalah puisi mampu mengharmonikan,” ujar beliau.

img-20161211-wa0005

Zambry terdahulu turut menyampaikan puisi karyanya bertajuk berhati-hatilah turuni tangga itu.

Festival yang masuk tahun ketujuh penganjurannya sejak 2010 telah diiktiraf oleh Kongres Penyair Sedunia itu dihadiri kira-kira 400 penyair,sasterawan dan budayawan dari 20 buah negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");