Isu Panas

Surat palsu disifatkan ‘fitnah dajal’

SHAH ALAM: Veteran Umno mengecam tindakan penyebaran surat palsu, kononnya ditandatangani Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perbuatan itu adalah satu ‘fitnah dajal’ yang cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.

“Ia dilakukan sebagai usaha menimbulkan keraguan ahli Umno, terutama selepas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang memperlihatkan kesatuan dalam pucuk pimpinan dan ikrar wala’ yang dilafazkan Ahmad Zahid kepada Najib,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam surat yang diviralkan di laman sosial itu, Ahmad Zahid dikatakan menandatangani surat yang mendesak Najib berundur.

Surat itu turut menyenaraikan barisan anggota Kabinet baharu yang mengandungi beberapa nama.

Menurutnya, surat itu tidak menjejaskan kepercayaan Najib kepada Ahmad Zahid.

Namun katanya, Veteran Umno bimbang jika ia boleh menimbulkan rasa was-was ahli parti terhadap Ahmad Zahid.

“Keraguan mereka terhadap kepimpinan Najib dengan pengedaran surat itu boleh menjejaskan sokongan kepada presiden parti dan akan menjejaskan sokongan undian PRU14.

“Surat itu direka pembangkang untuk menjatuhkan Najib dan memecah-belahkan Umno,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");