Jenayah

Suspek bunuh dua beranak mati gantung diri

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang juga suspek utama kes pembunuhan dua beranak di Ulu Tiram, di sini, September lalu, ditemui tergantung dalam lokap Pusat Tahanan Reman Ulu Choh, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata kejadian disedari jam 3.06 pagi sewaktu warden penjara sedang membuat rondaan.

“Ketika membuat rondaan, warden penjara berkenaan nampak seorang tahanan yang lehernya diikat dengan tali dan tergantung pada tingkap kecil yang tingginya kira-kira 2.13 meter.

“Anggota berkenaan dengan bantuan seorang rakan setugas kemudian membuka pintu sel dan memotong kain berkenaan yang digunakan sebagai tali untuk menggantung diri,” katanya.

Noor Hashim berkata, tahanan berusia 20 tahun itu yang dalam keadaan lemah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, sebelum disahkan meninggal dunia.

Pada 21 September lalu, dua beranak ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah mereka di Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mayat M Mariayee, 56, dan anak perempuannya, S Durga Devi, 16, ditemui dalam sebuah bilik dengan kesan kecederaan parah di leher, perut serta tangan.

Tahanan itu bersama seorang rakan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 29 September lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");