Jenayah

Suspek bunuh remaja didakwa

KOTA KINABALU: Suspek utama kes bunuh membabitkan seorang remaja berumur 18 tahun di luar sebuah pusat hiburan di sini pada 15 Disember lalu didakwa di mahkamah majistret Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Azmin Lidin, 28, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh Yaacob Nasran antara jam 3.30 pagi hingga 4.30 pagi di luar pusat hiburan Siam Thai Bar, Jalan Asia City, di sini.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor P Nathan, di hadapan Majistret, Jessica Ombou Kakayun.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Rakhbir Singh.

Jessica menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");