Jenayah

Suspek utama kes tembakan rambang sakit mental

GEORGETOWN: Suspek utama kejadian tembakan rambang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, dipercayai mempunyai penyakit mental.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati suspek berumur 35 tahun itu juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Lelaki berumur 35 tahun itu adalah seorang bekas anggota askar wataniah, sebelum berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

“Selain lelaki berumur 35 tahun itu, kita juga turut menahan seorang lelaki berumur 32 tahun untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas menghadir Majlis Menandatangani dan Pertukaran Memorandum Perjanjian di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, seorang pengusaha sebuah pusat hiburan bergelar Datuk dan dua orang awam mati ditembak seorang pengawal peribadi di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Turut cedera empat orang awam, termasuk seorang jurukamera sambilan RTM, dan semua mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");