Berita Hari Ini

Syarat lebih ketat elak katerer tipu pelanggan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merekodkan lebih 20 aduan penipuan khidmat katering membabitkan kos kerugian hampir RM1 juta di sekitar Lembah Klang sepanjang tahun ini.

Sehubungan itu, PPIM bersama Koperasi Kerjasama Katerer Berhad (KATER) menggesa syarikat katerer lain untuk mendaftar dengan mereka bagi mengesahkan kredibiliti perkhidmatan diberikan syarikat berkenaan, sekali gus mengelak orang ramai terus ditipu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kerjasama itu juga membolehkan satu prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat diwujudkan, selain pemantauan secara berterusan terhadap operasi syarikat katerer.

Pada masa sama, katanya, PPIM dan KATER akan membuat satu perjumpaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk memastikan pelaksanaan baharu ini berjalan lancar.

“KPDNKK juga boleh menganjurkan kursus bagi meningkatkan mutu perkhidmatan katerer, sekali gus memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

“Ini sebagai permulaan, mungkin selepas ini katerer perlu ada diploma atau sijil berkaitan bagi memastikan pengguna tidak lagi diambil kesempatan,” katanya pada sidang media, yang turut dihadiri Pengerusi KATER, Aidil Yasin, di sini, hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");