Membawang Hari Ini

Syatilla dijangka lahirkan anak lelaki

KUALA LUMPUR: Menghampiri lima bulan usia kandungan, pelakon Syatilla Melvin mula berehat dan tidak melakukan kerja berat.

Isteri Shaheizy Sam itu juga mengakui tidak berdepan masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam benda yang bukan-bukan.

“Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.

“Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik,” katanya kepada BH Online.

Syatilla berkata, rutin hariannya juga tidak banyak berubah sepanjang kehamilan.

“Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa.

“Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram,” katanya yang dijangka bersalin pada mei depan.

Mengenai jantina, jelas Syatilla, beliau dan suami tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Namun, katanya, melihat pada keadaan sekarang, beliau bakal melahirkan anak lelaki.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");