Berita Hari Ini

Tabung Hari Pahlawan kutip RM2.6 juta

KUALA LUMPUR: Kira-kira RM2.6 juta berjaya dikumpul sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan yang dilancar pada 31 Julai lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata jumlah yang terima itu lebih baik berbanding kutipan tahun lalu sebanyak RM1.9 juta.

“Kita berharap lebih ramai memberi sumbangan dan menjangka dapat mengumpul sehingga RM5 juta menjelang 31 Disember ini.

“Sumbangan akan digunakan untuk membantu Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan veteran tentera yang memerlukan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelepasan larian berhalangan Cabaran Pahlawan 2016, di sini, hari ini.

Larian itu yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Malaysia, diadakan sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan.

Ia membabitkan larian sejauh 8 kilometer disertai lebih 500 peserta yang perlu menempuh pelbagai cabaran kecergasan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");