Sukan Hari Ini

Tak halang penyertaan Myanmar pada Sukan SEA 2017

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan menghalang penyertaan Myanmar pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur meskipun negara berkenaan sedang menghadapi kemelut politik berikutan penindasan tentera mereka terhadap etnik Rohingya.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata walau apa jua masalah yang melibatkan politik, agama dan bangsa dihadapi sesebuah negara, ia tidak sepatutnya menjadikan sukan sebagai mangsa.

“Saya berpendapat kita tidak seharusnya mencampuradukkan politik dan sukan kerana jika kita berbuat demikian sampai bila ia akan berakhir?.

“Sukan adalah permainan di mana kita meninggalkan segala yang berkaitan politik, agama dan bangsa di belakang. Jika kita membiarkan elemen-elemen tersebut berada dalam sukan, maka sukan itu sendiri akan mati,” katanya.

Tunku Imran berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif MOM ke-180 di Wisma OCM, di Kuala Lumpur, hari ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");