Jenayah

Tak lena tidur anak lesap 4 hari

Kuala Lumpur: Seorang ibu tidak lena tidur selepas anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun lesap dari rumah sejak empat hari lalu.

Wanita terbabit, Nor Azidah Zabri, 35, berkata, dia menyedari kehilangan anaknya, Natasha Adilla Rahmat itu selepas pulang ke rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak di sini, Jumaat lalu.

“Sebelum kejadian, saya sempat berpesan kepada Natasha supaya pulang awal sekiranya mahu keluar bersama kawan-kawannya.

“Dia baru tiba dari kampung dan tinggal bersama saya sempena cuti persekolahan,” katanya.

Menurutnya, Natasha sebelum ini tinggal di di Sabak Bernam, Selangor, dan bersekolah dalam tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena.

“Dia tiba di ibu kota Khamis lalu dan masih berada di rumah pada pagi Jumaat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat Natasha boleh menghubungi Nor Azidah di talian 018-3840875.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");