Sukan Hari Ini

Tak Sengaja Tendang Kepala Coleman – Ibrahimovic

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic menyangkal dakwaan sengaja menendang kepala Seamus Coleman pada aksi seri 1-1 bersama Everton Ahad lalu.

Ibrahimnovic berkata, pemain pertahanan itu mungkin ‘tertido’ sekiranya dia sengaja berbuat demikian.

Bagaimanapun Ibrahimovic terlepas daripada sebarang hukuman daripada pengadil perlawanan Michael Oliver kerana terlepas pandang insiden tersebut dan kemungkinan tindakan disiplin daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) akan dikenakan.

“Itu adalah permainan fizikal. Mereka bermain kasar.

“Saya ada mendengar komentator berkata bahawa saya menendang kepala seseorang dengan sengaja, tetapi peluang di situ 50-50 dan dia menjatuhkan saya.

“Percayalah, jika mahu menendang seseorang di kepala, saya tahu bagaimana berbuat demikian sehingga dia tertido.

“Ini sahaja perrkara yang saya mahu katakan,” jelasnya kepada MUTV.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");