Jenayah

Tangan kiri putus, kaki terkulai motosikal terbabas

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki warga asing putus tangan kiri manakala kaki kirinya terkulai selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu merempuh tembok batu di tepi jalan Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada jam kira-kira pukul 12.15 tengah malam, mangsa dikenali sebagai Pham Van Kvai, 30-an.

Kejadian berlaku ketika mangsa dari perjalanan dari arah pusat bandar Georgetown menghala ke Batu Maung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, dia yang bersendirian menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tembok berdekatan jejambat di situ.

“Akibat rempuhan kuat itu, tangan kiri mangsa terputus dan terpelanting tidak jauh dari kedudukannya manakala kaki kirinya pula hampir putus,” katanya.

Beliau berkata lagi, mangsa berada dalam keadaan separuh sedar selepas kejadian.

“Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan bantuan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");