Jenayah

Tangki gas ammonia bocor

Alor Setar: Kilang ais di Kilometer 13 Jalan Putra, Simpang 4 Kuar, dekat sini, mengalami kebocoran tangki gas ammonia, malam tadi.

Bomba menerima panggilan pada 7.34 malam sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Kulim Hi Tech kemudian tiba untuk membuat pemeriksaan lanjut dan melakukan kerja pembersihan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Sham Kamaruddin berkata, anggotanya dari BBP Alor Setar tiba pada 7.53 malam.

Beliau berkata, 19 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi untuk membuat pemantauan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat bau yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas ammonia dari kilang ais berkenaan.

“Anggota membuat pengosongan bangunan dan mewujudkan kawasan selamat dengan bantuan polis sebelum memasuki kawasan kilang.

“Satu aliran dan satu semburan kabus bagi menutup semua injap ammonia dan pemendapan gas bocor berkenaan dibuat sebelum pasukan HAZMAT tiba ,” katanya ketika ditemui di lokasi, malam tadi.

Setakat 2 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi di kilang itu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");