Panasnya Hari Ini

Tawan Semula Kerusi Dirampas Pembangkang

KUALA LUMPUR:Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa akar umbi memperkuatkan jentera parti untuk menawan semula kerusi yang dirampas pembangkang.

Memetik sumber Berita harian,ujarnya usaha itu perlu untuk memastikan parti keramat orang Melayu dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan DNA yang sekian lama menjadi garis panduan serta asas perjuangan.

Katanya, jika dari akar umbi hingga ke Majlis Tertinggi tidak hilang fokus, maka misi untuk menebus kekecewaan dapat direalisasikan.

“Kita perlu mempunyai senarai semak dan strategi untuk memenangi semula kawasan yang jatuh di tangan pembangkang. Insya-Allah, kita boleh lakukan.

“Gendang sudah dipalu, rapatkan barisan dalam parti dan pastikan segala tindakan berlandaskan tatasusila dan kebijaksanaan. Kita ada harapan untuk mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mesti ingat, DNA UMNO dan BN harus dipertahankan daripada dipengaruhi anasir luar yang mahu melihat parti ini jatuh tersungkur,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 tetamu pada Majlis Makan Malam sempena pertandingan golf AZH, di Bukit Tinggi, pada Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");