Sukan Hari Ini

Tawar hadiah banglo RM800,000

KEJOHANAN Golf BDB Masters 2016, yang telah masuk tahun ke-16 penganjuran kembali lagi di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, mulai hari ini hingga hari Ahad.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, tahun ini merupakan kali kedua kejohanan tersebut dijenamakan sebagai BDB Masters.

Menurutnya, ia merupakan kesinambungan kepada DGCC Malaysia Intermediate Open yang diadakan buat kali pertama lebih 10 tahun yang lalu.

“Sasaran yang diletakkan untuk kejohanan pada kali ini ialah seramai 100 dan sambutan memberangsangkan terhadap pertandingan ini membuktikan yang BDB Masters bukan sahaja dikenali dan dikitiraf oleh pemain golf di negeri Kedah sahaja malah di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

BDB Masters 2016 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM900,000 termasuk sebuah rumah bernilai RM800,000 untuk pemain pertama yang berjaya melakukan pukulan Hole-in-One.

Rumah banglo dua tingkat di Bandar Darulaman, Jitra ditaja oleh anak syarikat BDB iaitu pemaju hartanah BDB Land Sdn Bhd.

Kejohanan golf ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Nett dan Gross selari dengan Sistem Handicap Kebangsaan (NHS) dan seramai 60 pemain yang berjaya mengharungi peringkat kelayakan pada dua hari pertama akan bertanding di hari terakhir.

Tambah Izham, sumbangan daripada perlawanan amal tersebut akan disalurkan untuk tujuan kebajikan di Kedah dan sebagai permulaan sebanyak RM50,000 akan diserahkan kepada empat pertubuhan kebajikan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");