Berita Hari Ini

Tentera tingkat kawalan keselamatan di perairan Sabah

KUALA LUMPUR: Malaysia mempertingkatkan lagi kawalan khususnya di sempadan perairan Sabah bagi memastikan negara tidak dicerobohi berikutan serangan Angkatan Tentera Filipina (ATF) ke atas kedudukan kumpulan militan Maute di Butig, Lanao del Sur, Mindanao akhir bulan lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pasukan tentera sudah dimaklumkan supaya kawalan keselamatan di sempadan negara ditingkatkan.

Katanya, angkatan Tentera Filipina (ATF) sudah melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan militan Maute di Butig, Lanao del Sur, Mindanao pada 27 November lalu bagi mengusirnya dari terus menguasai kawasan berkenaan.

“Kumpulan Maute adalah kumpulan bersenjata di Mindanao yang berikrar taat setia kepada DAESH dan dikenalpasti terbabit serangan di Davao yang mengakibatkan 15 orang terbunuh pada 2 September lalu,” katanya pada sidang media mengulas serangan ATF ke atas kumpulan militan Maute selepas Ucapan Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO menjelaskan menerusi laporan yang diterima melalui perkongsian maklumat daripada pihak ATF, seramai 19 anggota militan telah terbunuh manakala 13 anggota ATF tercedera sepanjang operasi itu.

Katanya, serangan terhadap kedudukan kumpulan Maute ini adalah kali kedua selepas serangan pertama pada Febuari lalu.

“Kebimbangan Presiden Duterte terhadap ancaman DAESH di Filipina adalah antara sebab serangan ini dilancarkan.

“Susulan operasi serangan itu, kemungkinan saki-baki anggota kumpulan militan ini cuba mendapatkan perlindungan di kawasan-kawasan tertentu di rantau ini termasuk di Malaysia,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");