Jenayah

Terbakar lagi

Shah Alam: Empat unit kedai di Uptown Seksyen 24 Shah Alam musnah terbakar dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, seramai 13 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Penyelamat Shah Alam ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.20 pagi daripada merebak ke lot-lot kedai berhampiran.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran.

“Pemeriksaan lanjut sedang dilakukan bagi mencari punca kebakaran,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");