Membawang Hari Ini

Terbit album sendiri

Pengalamannya ketika berguru dengan komposer terkenal, LY dan isterinya, penulis lirik Baiduri dipergunakan sebaik mungkin oleh penyanyi baru, Ella Sidek.

Penyanyi berasal dari Singapura itu kini tampil dengan album sulung berjudul Salam Untukmu yang memuatkan enam lagu baru termasuk lagu Dengarlah Kekasih yang pernah dirakamkan penyanyi Francisca Peter.

Ella, 27, mengakui amat beruntung mendapat bimbingan daripada dua nama popular ini ketika bernaung di bawah syarikat Kelarai Sakti.

“Single ciptaan saya sendiri berjudul Ada Di Hatimu dimuatkan dalam album kompilasi LY berjudul Kalimah Sakti. Apabila kontrak bersama Kelarai Sakti tamat, saya buat keputusan untuk cari pengalaman baru bersama syarikat rakaman lain pula.

“Akhirnya terhasil album sulung ini yang diterbitkan saya sendiri dengan bantuan beberapa komposer lain antaranya Julfekar Ahmad Shah,” katanya.

Ella dikenali sebagai komposer berbakat di Singapura, namun dia memilih untuk mengembangkan bakat di Malaysia kerana melihat pasaran luas yang ada.

“Sejak dulu lagi saya suka bergerak sendiri cari peluang dalam karier. Saya kumpul modal dan pergi studio rakaman untuk rakam lagu. Hampir dua tahun juga saya bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Tak dinafikan saya mulanya takut kerana bimbang ditipu.

“Mujur saya dibantu mereka yang jujur yang akhirnya berjaya merealisasikan kesempurnaan album ini,” kata anak keempat daripada lima beradik ini.

Kakitangan pentadbiran di sebuah syarikat swasta di Singapura ini berharap peminat di Malaysia menerima kehadirannya dengan tangan terbuka.

“Saya nak cuba nasib. Saya tahu ramai penyanyi yang tak berani hasilkan album penuh, tapi apa salahnya saya buat begini. Muzik kegemaran saya sebenarnya rock, tapi Julfekar banyak membentuk saya menyanyikan lagu genre R&B ,” katanya.

Tambah Ella, dia berbangga kerana bergelar penerbit untuk albumnya sendiri. Dia juga tidak perlu takut dengan kegagalan kerana impiannya mahu bergelar penyanyi terkenal.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");