Sukan Hari Ini

The Seagulls uji pemain

Kuantan: Kuantan FA akan menguji tiga pasukan sebagai persediaan pramusim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia khususnya Liga Perdana musim depan.

Pada aksi pertama, The Seagulls akan bertemu pasukan Liga Super, PKNS FC di padang Kompleks Sukan PKNS esok, diikuti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di padang PULAPOL, Kuala Lumpur (Khamis) dan MIFA di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai (Jumaat).

Justeru, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) Datuk Wan Solihi Wan Hassan (tengah) berkata, barisan pemain skuad itu diyakini mampu mempamerkan persembahan meyakinkan dalam tiga perlawanan itu.

Katanya, bertemu pasukan yang membariskan barisan pemain berkaliber diharap membantu mempertingkatkan lagi kualiti permainan semua pemain iaitu gabungan pemain lama dan baru musim depan.

“Saya harap semua pemain dapat menunjukkan kemahiran masing-masing kerana misi utama musim 2017 adalah meletakkan Kuantan FA pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Perdana.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");