Jenayah

Tiga beranak ‘hamba’ dadah

MANJUNG – Di awal usia 14 tahun, seorang remaja lelaki terdedah dengan aktiviti penagihan dadah akibat terpengaruh dengan perbuatan ibu bapanya yang merupakan penagih tegar.

Pengakuan itu didedahkan ketika remaja itu yang kini berusia 16 tahun ditahan bersama kedua ibu bapanya sedang menghisap dadah dalam serbuan sepasukan 23 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di ladang kelapa sawit Tanjung Kepah, Lekir di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 pagi itu, 11 lagi suspek ditahan di lokasi baharu aktif sejak sebulan yang lalu.

Ketua Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abdul Salam berkata, hasil siasatan mendapati ibu remaja berusia 39 tahun didapati baharu dibebaskan dari Pusat Sehenti Bachok, Kelantan.

Menurutnya, sebanyak 25 gram dadah dipercayai heroin yang dianggarkan bernilai RM2,000 dirampas bersama wang tunai berjumlah RM1,080.

“Anggota menyamar sebagai penagih menahan penagih yang menjadikan ladang berkenaan sebagai lokasi melepaskan gian.

“Kesemua suspek berusia 16 hingga 54 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. Pada masa sama, dua penagih didapati melanggar syarat pengawasan dan ditahan mengikut Seksyen 6(2) akta yang sama,” katanya.

Sharuddin berkata, operasi cegah perangi dadah itu akan diteruskan bagi mengurangkan permintaan dadah melalui penahanan penagih dan membawa menjalani rawatan dan pemulihan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");