Jenayah

Tiket bas jual, dadah pun jual

Georgetown: Dua wanita yang juga penjual tiket bas ditahan kerana terbabit dalam pengedaran dadah dalam satu serbuan di Sungai Gelugor, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, dua suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan dalam kereta selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Butterworth yang dijadikan makmal menghasilkan heroin.

“Siasatan mendapati, kedua-dua suspek memasak sendiri dadah berkenaan sebelum mengedarkannya di sekitar negeri ini.

“Selain itu, polis turut merampas heroin seberat 6.4 kilogram bernilai RM116,500,” katanya pada sidang media, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");