Sukan Hari Ini

Tiket final Piala Emas Raja-Raja 2016 mula dijual esok

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) mengesahkan tiket final Piala Emas Raja-Raja 2016 antara Pahang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dijual di Stadium Darul Makmur, esok.

Setiausaha kehormat PBSMM, Nazeri Hussain, berkata peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM20 untuk berbumbung manakala tempat duduk terbuka pula dijual pada harga RM5.

Katanya, peminat kedua-dua pasukan diharap beramai-ramai memenuhi stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. “Kita harap semua peminat mendapatkan tiket yang sah di kaunter disediakan saja.

“Jangan beli dari orang tengah atau ulat tiket dan kita jangka tiket disediakan untuk semua peminat kedua pasukan mencukupi.

“Pertemuan Pahang dengan PDRM akan bermula jam 8.45 malam esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada aksi separuh akhir piala berprestij itu, Pahang menewaskan Kuala Lumpur menerusi agregat 2-1 manakala PDRM pula mengecewakan Kedah dengan kemenangan agregat 4-3.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");