Jenayah

Tindakan pantas staf elak musibah di hospital

Serdang: Tindakan pantas kakitangan Hospital Serdang memadamkan kebakaran pada lampu siling berjaya mengelak tragedi lebih besar berlaku.

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, kebakaran membabitkan lampu di bahagian Klinik Perubatan Tahap 1 di hospital berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.16 pagi.

Menurutnya, pihak bomba kemudian menghantar 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang serta BBP Cyberjaya ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun sebaik tiba, anggota bomba mendapati hanya komponen lampu siling di salah sebuah bilik di Klinik Perubatan Tahap 1 yang terbakar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadam kakitangan hospital itu sendiri sebelum bomba tiba.

“Hanya komponen lampu yang terbakar serta tidak menjejaskan struktur bangunan hospital itu selain tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

“Sejurus menerima laporan kejadian, kami menghantar 14 pegawai dan anggota bomba sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya menasihatkan sebarang sambungan dan alat elektrik di premis kerajaan sentiasa dalam berada dalam keadaan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");