Panasnya Hari Ini

Tindakan PPBM Mahu Berunding Dengan PAS Dipersoal

Foto :- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR : Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang masih memberi kelonggaran kepada PAS untuk berunding.

Ujarnya, pendirian Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata bertentangan dengan sikap pengerusi parti politik baharu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan itu sahaja, apabila berunding dengan PAS, ia (PPBM) tidak mahu penglibatan Pakatan Harapan dalam perbincangan kerana PAS alah terhadap DAP dan AMANAH.

“Sepanjang saya mengenalinya (Dr Mahathir), beliau jelas dalam pendekatannya dan tajam dalam tindakan. Beliau bukan seorang yang kabur bila berdepan isu rumit,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Muhyiddin menandatangani kerjasama politik dengan Pakatan Harapan dimana kedua-dua pihak bersetuju berbincang bagi memastikan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Muhyiddin merayu agar pihaknya diberi peluang untuk berunding dengan PAS yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan disebabkan penyertaan DAP dan AMANAH dalam blok pembangkang itu.

Pada masa sama, Zaid turut menyokong perjanjian persefahaman yang ditandatangani semalam.

Zaid berkata, sikap jelas yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir perlu dicontohi oleh semua parti politik di negara ini, dan beliau turut merujuk kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, kenyataan Tuan Ibrahim mengkritik Barisan Nasional tidak bermakna apa-apa kerana Abdul Hadi sebelum ini jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Di Malaysia, orang nombor dua tidak diambil kira, yang menjadi penentu ialah kenyataan (orang) nombor satu.

“Rakyat kini menunggu orang nombor satu dalam PPBM untuk memberi penjelasan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");