Jenayah

Tinju muka bekas suami

Melaka: Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap tuduhan menumbuk muka bekas suaminya dalam kejadian Mei lalu.

Raihana Anuar, 29, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.

Wanita itu didakwa sengaja mendatangkan cedera dengan menumbuk muka bekas suaminya berusia 32 tahun dalam kejadian di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, jam 8 malam, 16 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun, denda RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria menawarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 selain memaklumkan belum merakamkan percakapan pengadu.

Raihana yang diwakili Hazri Hanafi merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung dua anak berusia tiga dan empat tahun selain pengadu sudah menarik semula laporan polis.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 1 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");