Panasnya Hari Ini

Tolak Pihak Pecah belahkan Rakyat

KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggesa agar rakyat di negara ini menolak mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memecahbelahkan rakyat di negara ini kerana ingin kekal berkuasa.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha yang dilakukan itu perlu ditolak secara keseluruhan.

“Jangan biarkan unsur-unsur negatif pihak yang tidak bertanggungjawab menular dan memecahbelahkan kita hanya kerana mereka ingin kekal berkuasa.

“Bersama-samalah kita menolak mereka secara keseluruhan,”katanya menerusi perutusan khas sempena Hari Krismas, pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, selagi prinsip Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan namun agama-agama lain bebas diamalkan serta dijunjung oleh setiap warganegara, rakyat negara ini akan hidup secara aman dan harmoni.

“Kita bertuah kerana hidup dalam sebuah negara berbilang kaum yang kaya dengan adat resam, budaya dan tradisi masing-masing.

“Perbezaan anutan agama dan kepercayaan tidak pernah menjadi penghalang kepada hidup kita untuk hidup dalam suasana aman dan damai serta hormat menghormati antara satu sama lain,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");