Sukan Hari Ini

Tonggak Panthers, Turtles pilihan utama MVP

SEMBILAN pemain kebangsaan menguasai senarai 16 calon bagi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Sepak Takraw (STL) 2016, yang bakal dipilih oleh jurulatih dan pengurus kelapan-lapan pasukan yang bertanding.

Tekong dan pelibas utama negara, Syahir Rosdi serta Azlan Alias, mendahului senarai berkenaan.

Turut bersaing ialah Nazmi Najib dan Afifuddin Razali – tekong dan pelibas ATM Guardians, apit kiri Terengganu Turtles – Azwan Muhrim, Amirul Zazwan Amir (Kuala Lumpur Thunder), apit kanan Norhaffizi Razak (Johor Tigris), Aidil Aiman Azwawi (Kelantan Warriors) dan Sahidan Ali (Melaka Titans).

Lain-lain termasuk tekong Turtles, Zulkifli Razak, Zamree Dahan (Thunder), Haidzir Rashid (Tigris), Shahrol Nizam Romli, Zuleffendi Sumari (Kedah Eagles), Khairul Hisham Yusoff (Warriors) dan Azwan Yahya (Titans).

Pemilihan MVP yang akan meraih hadiah wang tunai RM1,500 dan piala khas dipilih oleh jurulatih dan pengurus yang tidak boleh melibatkan pemain pasukan sendiri, namun jika kedudukan undian terikat, sebuah panel khas akan buat keputusan muktamad.

Anugerah MVP anjuran Asia Sports Ventures (ASV) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ini akan disampaikan selepas perlawanan terakhir Divisyen Perdana STL antara Tigris dan Panthers di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor, petang ini.

Satu lagi anugerah yang turut disampaikan ialah ‘Regu Bintang STL’ yang dipilih secara undian para peminat menerusi Facebook ‘Sepaktakraw League’ melibatkan tiga pemain setiap posisi – tekong, perejam atau apit kanan dan pengumpan atau apit kiri.

Mereka dengan undian terbanyak akan dinobatkan pemenang dengan masing-masing bawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala khas, manakala tiga lagi pemain dengan undian kedua terbanyak, beroleh RM500 setiap orang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");