Jenayah

Tragedi lori tayar meletup

Sandakan: Pemandu lori maut apabila kenderaan dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik selepas satu daripada tayar lori itu meletup di Jalan Lintas Labuk Sibuga, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.50 petang itu, Gabriel Jira, 28, maut di tempat kejadian kerana parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Batu 8 menuju me Batu 12.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang sebelah kanan lori dipandu mangsa dipercayai meletup menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori maut di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Azhar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");