Sukan Hari Ini

TS United gilap bakat remaja

Kuala Lumpur: Perancangan setahun serta bantuan daripada syarikat besar akhirnya merealisasikan impian penubuhan kelab bola sepak TS United.

Kelab bola sepak di bawah kendalian Datuk Richard Scully yang memegang jawatan selaku presiden itu membuka peluang kepada semua pemain di sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia untuk menyertainya.

Kata Richard, penubuhan TS United lebih menjurus kepada hala tuju merealisasikan impian dan hasrat bola sepak negara dengan menyediakan lebih ramai pemain muda berbakat.

Malah Richard yang pernah menjadi jurulatih penjaga gol Harimau Muda C berkata, beliau akan memastikan apa yang terjadi kepada Frenz United tidak akan berulang kepada TS United.

Justeru pengurusan dana yang diperoleh mereka akan digunakan secara berhemah dan terbaik mengikut kesesuaian keadaan.

“Saya berterima kasih kepada syarikat MSC Management (M) Sdn Bhd, K Dinarr Agency kerana sudi membantu kelab kerdil ini.

“Dana yang disalurkan mereka untuk pembangunan bola sepak ini akan digunakan dengan berhemah. Saya berjanji sekurang-kurangnya dua pemain bawah 17 tahun daripada kelab ini akan mengetuk pintu pasukan remaja kebangsaan selepas tamatnya latihan bersama TS United,” katanya.

TS United memperuntukkan sejumlah RM120,000 untuk semusim dengan membuka ruang kepada remaja bawah 13, 14, 15, 16, 17 dan 18 tahun untuk menyertai kelab yang menitik beratkan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Menjanjikan jurulatih bertauliah diiktiraf FAM, Richard berkata modul digunakan mirip pembangunan bola sepak badan induk itu selain perlawanan persahabatan dengan kelab luar dan liga domestik membabitkan kelab tempatan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");