Panasnya Hari Ini

Tugas UMNO Perlu Memenangi Hati Rakyat

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tugas dan peranan utama setiap ahli UMNO adalah memenangi hati rakyat, sekali gus memastikan rakyat bersama parti dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memetik sumber Berita harian, beliau bercakap demikian kepada pemberita pada satu sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, hari ini.

“Saya lihat soal dalaman UMNO, soal perpaduan kita, soal kepemimpinan kita yang semakin kukuh dan ampuh, roh perjuangan kita… nampaknya kita dapat meletakkan dalam keadaan sangat baik dan bersedia untuk mara ke depan.

“Tugas kita sekarang adalah untuk memenangi hati rakyat, pastikan rakyat bersama dengan kita, ini tugas yang saya hendak setiap ahli UMNO dan jentera kita lakukan,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mengulas mengenai kemungkinan ada usaha pihak tertentu untuk melobi sebagai calon PRU-14, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, parti akan ada kaedah untuk menguruskan soal pemilihan calon apabila tiba masanya.

“Sekarang kita hendak tumpu usaha mendekati rakyat, selesai masalah rakyat dan menyampaikan sampai mesej pada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");