Jenayah

Tukang cuci direman buat laporan palsu

JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci dikenakan reman tiga hari oleh mahkamah majistret di sini, semalam berhubung kes membuat laporan palsu di Balai Polis Kulai, tengah hari kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek.

Mengikut keterangan polis, suspek lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas mengaku membuat laporan palsu di Balai Polis Kulai pada jam 12.13 tengah hari kelmarin.

Dalam laporan palsu itu, suspek yang bekerja di Singapura, mendakwa disamun tiga lelaki berdekatan sebuah kedai runcit di sekitar Saleng, Kulai.

Bagaimanapun, soal siasat mendapati kejadian samun itu tidak berlaku, sebaliknya laporan palsu dibuat kerana suspek sudah dua kali kehilangan kad pengenalan dan tidak mahu didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Dia kemudian ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun ini, sebanyak 40 laporan palsu dibuat di Kulai dan 32 kes sudah dituduh di mahkamah.

Mereka yang didapati bersalah membuat laporan polis palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");