Isu Panas

‘Tun M, perlu belajar jadi pembangkang dulu’

SHAH ALAM: Pas menafikan dakwaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan, Pas berada dalam keadaan yang keliru apabila menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Sebaliknya menurut Naib Presidennya, Idris Ahmad, bekas Perdana Menteri itu sebenarnya yang keliru, kerana beliau sendiri keliru dengan identitinya kini yang bukan lagi seorang pemimpin kerajaan.

“Beliau (Mahathir) yang keliru, bukan Pas…kita minta dia belajar jadi pembangkang dahululah beliau baru mula nak masuk padang jadi pembangkang, mungkin dia perasan beliau masih lagi jadi PM itu.

“Jadi beliau bercakap seoalah-olah nak caturkan orang, kena ingat beliau label pembangkang sekarang,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahathir semalam yang mengatakan; Pas menolak kerjasama dengan DAP dan Amanah namun dalam masa yang sama di Selangor dua parti tersebut juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Pas mungkin keliru tapi mereka perlu buat keputusan sama ada ingin bersendirian, bersama Umno atau dengan Pakatan Harapan,” katanya di Konvensyen Nasional Amanah 2016, di Shah Alam, semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");