Perak Hari Ini

Tunggu Maklum Balas Status Operasi Rumah Jagaan

IPOH:Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak masih menunggu maklum balas daripada pihak JKM Malaysia mengenai status operasi rumah kebajikan Caring Hands (Kakum Karangal) di Taman Lim di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Rosmahwati Ishak pihaknya juga masih menangguhkan pengesahan dokumen daripada pusat jagaan itu berikutan ia masih belum lengkap.

“Setakat ini masih menangguhkan pengesahan kerana dokumen yang dihantar masih belum lengkap dari segi pemilikan premis yang masih belum diselesaikan,” katanya kepada media sejurus selepas menghadiri sesi dialog antara Ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Cawangan Negeri Perak (SBM) di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihak JKM Perak telah merujuk perkara itu kepada JKM Malaysia dan masih menunggu maklum balas daripada penasihat undang-undang jabatan serta keputusan daripada ibu pejabat.

Katanya, pihak telah menghantar kaunselor ke rumah kebajikan yang diuruskan oleh Persatuan Penyayang Ipoh itu bagi memantau keadaan di pusat jagaan tersebut sebaik menerima aduan berkenaan perkara itu.

Tambahnya setakat ini, kesemua kanak-kanak di rumah kebajikan itu berada dalam keadaan yang baik.

“Kita perlu mencari premis yang sesuai untuk persatuan ini beroperasi dan selagi pusat jagaan yang beroperasi mengemukakan dokumen yang lengkap dibawah akta kerajaan tiada masalah mengenainya,” katanya.

Terdahulu Laporan akhbar berbahasa Inggeris pada 27 Disember lalu mendakwa 12 kanak-kanak perempuan di rumah kebajikan itu didera dari segi fizikal dan emosi selama bertahun-tahun namun, tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Laporan akhbar itu antara lain menyatakan mangsa mendakwa mereka disebat di tapak kaki, tangan dan punggung selain dimasukkan dalam sangkar anjing dan tidak diberi makanan jika melakukan kesalahan.

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu, pemeriksaan kesihatan oleh pakar perunding kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengesahkan mangsa telah lama mengalami penderaan.

Malah setakat ini pemilik rumah tersebut juga telah menfailkan kes berhubung pemilikan premis itu kepada mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");