Sukan Hari Ini

Tuntut ketajaman Costa

PENGGEMPUR utama Chelsea, Diego Costa dituntut untuk terus mempamerkan ketajaman bagi memastikan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) terus kekal milik The Blues.

Penjaga gol, Thibaut Courtois percaya ketajaman Costa akan menjadi aset penting bagi memastikan keupayaan Chelsea merebut trofi EPL.

“Saya ingat lagi ketika kami bermain di Atletico Madrid. Dia sangat kuat dan tajam di depan gol. Dan musim ini dia banyak menjaringkan gol penting buat Chelsea.

“Saya harap dia mampu meneruskan momentumnya untuk bantu Chelsea terus berada di puncak,” katanya.

Costa setakat ini telah menjaringkan 12 gol daripada 15 perlawanan.

Blues akan menentang Sunderland awal pagi ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");