Berita Hari Ini

UiTM nafi keluar surat tawaran perniagaan dalam kampus

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan mengeluarkan surat tawaran perniagaan dalam kampus di sini.

Naib Canselornya, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata pihaknya tidak terbabit dalam urus niaga sedemikian.

“Surat itu yang menggunakan nama UiTM dan naib canselor adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 23 Disember lalu, pengurusan universiti itu mengesan berlaku pemalsuan surat sedemikian yang menggunakan nama UiTM dan Naib Canselor. Ia berikutan dua penerima surat tawaran itu menghubungi UiTM untuk mengesahkannya.

Seorang individu mendakwa memperoleh maklumat itu melalui iklan internet Majalah.com yang memaklumkan ada kekosongan sebanyak 55 lot ruang perniagaan.

Selepas menghubungi talian yang disiarkan dalam iklan itu, individu berkenaan ditawarkan sebanyak 15 lot untuk disewa di sekitar kawasan UiTM.

Hassan berkata, UiTM sudah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam berhubung pemalsuan surat tawaran itu.

Beliau juga meminta orang ramai berhati-hati apabila menerima maklumat daripada sumber yang tidak sahih.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");