Sukan Hari Ini

Ujian getir Bayern pertahan takhta

Berlin: Bayern Munich berdepan ujian getir sebagai pendahulu Bundesliga dalam aksi awal pagi Khamis ini apabila berdepan RB Leipzig di tangga kedua yang menyedari mereka tidak kerugian apa-apa daripada perlawanan itu.

Pasukan gergasi Bavaria itu menjulang gelaran Bundesliga dalam empat tahun terakhir berturut-turut namun Leipzig, yang baru saja ditubuhkan pada 2009 mempamerkan aksi luar dugaan pada musim pertama di liga utama Jerman itu.

Seperti juga Bayern, mereka menang 11 daripada 15 perlawanan liga dengan tiga kemenangan dan satu kekalahan.

Kedua-dua kelab mengumpul 36 mata, namun Bayern mendahului menerusi kelebihan gol.

Kekalahan mengejut 0-1 kepada Ingolstadt 10 hari lalu adalah satu-satunya kegagalan dalam rekod Leipzig setakat ini selepas menewaskan Dortmund, Leverkusen, Schalke dan kini Hertha Berlin, berikutan kemenangan 2-0 di laman sendiri Sabtu lalu.

“Pantas, kemas dan tamak. Mereka adalah lawan terbaik pernah ditemui setakat ini,” puji jurulatih Hertha Pal Dardai ke atas Leipzig, yang mencatat 13 perlawanan tanpa kalah pada awal musim Bundesliga.

Bundesliga akan berehat untuk musim sejuk selepas pusingan perlawanan pertengahan minggu dan aksi di Arena Allianz bakal menjadi perlawanan tumpuan.

Selepas mendahului selama tiga minggu hingga awal Disember, Leipzig menyingkirkan Bayern dari puncak liga selama 24 jam hasil aksi mengagumkan ke atas Hertha sebelum Munich menewaskan pasukan tercorot Darmstadt 1-0 yang kembali meletakkan mereka di depan semalam.

“Kami berbangga dengan perlawanan menentang Bayern Munich pada Rabu yang akan menggegarkan seluruh Jerman dan sudah pasti memberi inspirasi merentasi sempadan,” kata jurulatih Leipzig dari Austria Ralph Hasenhuettl. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");