Membawang Hari Ini

‘Ummi… Ceritalah Pada Kami’ kini dalam bentuk komik

SELEPAS meraih kejayaan cemerlang menerusi siri animasi di kaca TV, Ummi… Ceritalah Pada Kami (UMMI) kini boleh didapati dalam bentuk komik bersiri pula.

Hud Hud Media Sdn Bhd selaku penerbit siri animasi 3D muzikal kanak-kanak berkonsepkan Islamik ini menjalinkan kerjasama dengan Prima Kids, Grup Buku Karangkraf bagi memastikan penghasilan komik bersiri ini menepati prinsip yang telah sedia dalam jenama ini.

Buku komik yang merupakan adaptasi daripada animasi ‘UMMI’ musim pertama ini mengandungi 13 siri dengan pelbagai cerita menarik yang sarat dengan nilai-nilai murni, kisah tauladan dan juga pengajaran.

Antaranya ialah Kelebihan Al-Fatihah, Si Tanggang Moden, Kisah Sang Perisik, Pemimpin Terpuji dan pelbagai lagi kisah-kisah menarik yang sesuai dibaca untuk pelbagai peringkat umur.

Tidak sekadar itu, Hud Hud Media dan penerbit bersama Prima Kids juga bakal tampil dengan aneka buku rangkaian UMMI seperti Buku Solat UMMI (versi Perempuan dan Lelaki), Mari Berdoa bersama UMMI, Buku Aktiviti UMMI serta yang terkini, Doodle UMMI.

Pengarah Kreatif siri animasi ini, Nora Ariffin berkata, idea untuk mengembangkan jenama UMMI dalam bentuk komik bersiri timbul apabila pihaknya menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahukan siri ini dibukukan.

“Selepas enam tahun diperkenalkan, UMMI menerima sambutan yang begitu memberangsangkan daripada orang ramai yang sukakan konsep dan kandungan Islamik yang kami terapkan dalam siri animasi ini.

“Melihat kepada respons positif yang diberikan, kami fikir kenapa tidak kita terbitkan UMMI dalam bentuk buku komik pula di mana ia mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa selain dapat memupuk minat membaca di kalangan anak-anak,” ujarnya.

Komik Bersiri UMMI baru sahaja dilancarkan bersempena pameran tahunan Malaysia Islamic Children Fair (MICF) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, 3 Disember lalu oleh Prof Dato’ Dr Muhaya Hj Mohamad.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Voices Of Ummi, serta penampilan khas dari maskot UMMI yang juga merupakan karakter kegemaran ramai dalam siri ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");