Isu Panas

UMNO dan Alumni MBM hantar bantuan ke Aceh

KUALA LUMPUR: Biro Kebajikan UMNO bersama Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menghantar pasukan ke Aceh esok (Jumaat) bagi meninjau dengan lebih dekat keadaan di sana sebelum menghantar bantuan selanjutnya.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata pasukan berkenaan terdiri daripada empat orang termasuk wartawan yang akan berlepas ke Acheh bagi melakukan tinjauan di lokasi bencana.

“Pihak kita membuat keputusan untuk menghantar pasukan terlebih dahulu bagi melihat keadaan di lokasi bencana sebelum menghulurkan bantuan selanjutnya kepada mangsa gempa bumi di Aceh.

“Mereka akan membuat laporan terperinci mengenai keperluan bantuan di lokasi bencana dan kumpulan bantuan berikutnya akan berlepas ke Aceh apabila mendapat maklumat berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha berkenaan adalah sebagai tanda hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia yang sudah terjalin sekian lama.

“Semua bantuan dilakukan oleh Biro Kebajikan UMNO turut mendapat nasihat Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia,” katanya yang juga Presiden Alumni MBM.

Bantuan berkenaan dihulurkan ekoran bencana gempa bumi yang berlaku di Aceh dan mengorbankan lebih 90 nyawa semalam.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");