Panasnya Hari Ini

UMNO Perlu Perkuat Strategi Tawan Hati Pengundi Luar Bandar

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO perlu bangun memperkuatkan strategi menawan hati pengundi luar bandar.

Memetik sumber Berita harian, gesaan itu dibuatnya berikutan UMNO dilihat sudah berubah dan seolah-olah berada di zon selesa walaupun berdepan pelbagai cabaran serta tohmahan kebelakangan ini.

Tambahnya lagi, semua ‘orang dalam’ parti keramat Melayu itu patut bekerja lebih kuat bagi memastikan BN bersiap siaga, sekali gus mampu mengekalkan momentum kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kunci untuk memenangi PRU adalah dengan pergi kepada pengundi Melayu. UMNO adalah parti dominan untuk menarik undi masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar.

“Misalnya, faktor utama kemenangan Thaksin Shinawatra pada PRU lalu disebabkan beliau berjaya meraih 100 peratus pengundi di kampung dan pedalaman, sekali gus melonjak dia sebagai Perdana Menteri Thailand ketika itu.

“Jadi, UMNO perlu beri tumpuan kepada pengundi Melayu di luar bandar.

Parti betul atau salah, biar rakyat tentukan melalui PRU nanti,” katanya pada sesi soal jawab sempena Forum ‘Frankly Speaking’ di sini, hari ini. F

orum anjuran Pusat Komunikasi Media (COMET), Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah platform bertukar fikiran mengenai buku ‘Frankly Speaking’ yang ditulis Musa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");