Sukan Hari Ini

Usah kait jaringan cantik dan pemain terbaik

TIDAK semestinya jaringan cantik akan dihasilkan oleh pemain terbaik.

Itu kata daripada bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni yang menempelak sesetengah pihak yang mempertikai prestasi semasa pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang dilihat kurang memberangsangkan.

Menurutnya, mana-mana pemain boleh menghasilkan jaringan cantik.

“Jaringan cantik tidak semestinya dilakukan oleh pemain terbaik.

“Saya juga boleh buat jaringan cantik walaupun saya bukanlah pemain yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian.

Jika dilihat, ramai sahaja di luar sana dari pelbagai liga di dunia ini mempunyai pemain yang berjaya menghasilkan gol yang cantik, tapi kerana tiada video, jaringan mereka tidak mendapat perhatian dunia.

Bakri menjelaskan, Diego Maradona pun sekadar menjaringkan gol menggunakan tangan walaupun dia adalah pemain terbaik suatu ketika dahulu.

“Isunya di sini adalah jaringan tercantik,” katanya.

Gol Faiz Subri yang dikatakan melanggar hukum fizik itu menyingkirkan tujuh calon anugerah Puskas 2016 yang lain, antaranya bintang Argentina, Lionel Messi dan ayam tambatan Brazil, Neymar.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");