Berita Hari Ini

Usim, Universiti Reitaku Jepun jalin kerjasama

NILAI: Bagi mewujudkan hubungan antarabangsa jangka panjang dalam bidang penyelidikan perniagaan dan jaringan akademik, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Reitaku, Jepun.

Pengarah IFWMI, Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, MoU ini dilihat sebagai satu langkah positif bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua universiti.

“Untuk menjadikan USIM dan IFWMI institut rujukan global dalam bidang pengurusan harta dan kewangan Islam, kami sentiasa terbuka untuk menjalin hubungan kerjasama dengan rakan strategik dari luar negara terutamanya dalam kalangan negara serantau.

“Kami juga sedang mengadakan kerjasama dengan Universiti Chiang Mai, Thailand dan mula mengorak langkah ke Filipina untuk mengembangkan jurusan kewangan dan pengurusan harta Islam di sana,” kata Nuradli Ridzwan Shah dalam kenyataan hari ini.

MoU antara kedua-dua universiti tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor USIM Prof Datuk Musa Ahmad, manakala Universiti Reitaku diwakili Profesor Osamu Nakayama.

Antara kerjasama yang bakal dijalankan, penganjuran seminar antarabangsa, yang bertujuan untuk memberi fokus kepada bidang perniagaan negara ASEAN terutamanya antara Malaysia dan Jepun. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");