Jenayah

Ustaz tidak mengaku dera remaja lelaki

BACHOK: Seorang ustaz tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bachok, semalam, atas tuduhan mendera seorang remaja lelaki, pada Mac hingga Ogos lalu.

Tuduhan terhadap Abidin Abdullah, 43, dibuat di hadapan Majistret, Azem Fatihi Kamal.

Tertuduh berasal dari Pulau Pinang didakwa menganiaya dan mengabaikan hingga menyebabkan kecederaan fizikal serta emosi terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah madrasah tanpa nombor di Pantai Melawi, di sini.

Kejadian dera itu didakwa dilakukan di antara 27 Mac hingga 28 Ogos 2016.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohamad Firdaous Mohamed Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Susulan penafian tertuduh, Mohamad Firdaous memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang wang jaminan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 18 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");