Sukan Hari Ini

Vettel kekal bersama Ferrari

London: Sebastian Vettel (gambar) memberi petanda jelas dia akan tetap bersama Ferrari ketika Mercedes berhasrat mencari pengganti juara dunia Formula Satu yang mengumumkan persaraan, Nico Rosberg untuk saingan musim depan.

Ferrari, pasukan tertua, paling glamor dan paling berjaya dalam sukan itu gagal memenangi perlumbaan tahun ini dan nama Vettel disebut-sebut dalam kalangan media berikutan keputusan mengejut Rosberg untuk mengundur diri.

Rosberg, 31, pemandu ketiga dari Jerman selepas Michael Schumacher dan Vettel muncul juara dunia mengumumkan persaraannya Jumaat lalu.

“Saya fikir bukan satu rahsia besar saya dan Kimi (Raikkonen) mempunyai kontrak untuk tahun depan,” kata juara dunia empat kali Vettel pada acara Ferrari World Finals di Daytona, Florida, semalam.

“Jadi ia sepatutnya sudah jelas.

“Saya tidak tahu apa perancangan mereka,” katanya mengenai Mercedes.

“Namun bagi kami, kami hanya menjaga diri sendiri tahun depan, banyak perkara berubah tahun depan jadi kami sibuk dengan hal masing-masing. Kami amat positif untuk saingan tahun depan.”

Vettel yang menjuarai gelaran bersama Red Bull dari 2010 hingga 2019 dan baru berusia 29 tahun berkata, keputusan Rosberg adalah sesuatu yang berani kerana lebih mudah untuk terus beraksi.

“Saya berusia 23 tahun apabila menjuarai gelaran pertama jadi saya mempunyai pemikiran yang berbeza. Saya ingin keluar dan melakukannya sekali lagi dan selepas difikirkan, saya boleh katakan saya berjaya. Saya suka berlumba dan mahu meneruskannya,” katanya. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");